Isnin, 12 Disember 2011

Perkahwinan Ayah

Nota 1 : Ombak Terpilu
Perkahwinan Ayah

Malam ini malam pertama perkahwinan Ayah dengan Suriati.
Ayah berumur 45 tahun.
Manakala Suriati berumur 23 tahun.
Aku panggil Suriati dengan panggilan Su saja.
Umur aku sebaya dengan Su.

Aku merupakan anak tunggal Ayah.
Ibu ku telah meninggal 3 bulan yang lalu.
Setelah beberapa tahun ibu menderita menghidapi barah payu dara.

Ayah seorang ahli peniagaan.
Su seorang kerani di sebuah syarikat swasta.
Tapi telah berhenti kerja setelah bersetuju untuk kahwin dengan Ayah.

Sebelum Ayah berkahwin dengan Su.
Ayah telah perkenalkan aku dengan Su.
Ayah bertanya persetujuan ku.
Aku memberikan kata setuju untuk Ayah menjadikan Su ibu tiri ku.

Aku rasa Ayah telah mengenal hati budi Su.
Pastilah Su sesuai dengan hati Ayah .
Pada pandangan mata ku.
Su seorang perempuan yang cantik.
Aku rasa Ayah bertuah berjaya memiliki Su.
Ayah ku yang agak tua pada umurnya.
Tapi  Ayah masih kelihatan tampan.
Selalu orang berkata Ayah masih berumur 30 an.

Majlis perkahwinan Ayah di buat secara sederhana saja.
Aku lihat ayah begitu gembira.
Su pula begitu manis memberi senyuman.

Sekarang jam sudah  2-00 pagi.
Ayah dan Su berada di dalam bilik Ayah.
Mereka melalui malam pertama pengatin baru.
Bilik ayah bersebelahan dengan bilik ku.

Aku tinggal bersama dengan Ayah.
Rumah ini ada 5 bilik.
2 bilik di bahagian bawah.
4 bilik di bahagia atas.
Bilik aku dan bilik Ayah di tingkat atas.
Pembantu rumah tinggal di bilik bawah.

Aku tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.
Aku bercita-cita menjadi seorang penulis.
Sekarang aku berjinak-jinak dengan penulisan.

Aku masih tidak punyai kekasih.
Ada gadis yang suka pada ku.
Aku pula tidak berkenan.
Bila ada gadis yang aku suka.
Gadis itu pula yang tak berminat pada ku.
Agaknya aku ni tak kacak.
Tapi ada pula perempuan yang puji aku ni kacak.
Sabar je lah !!!
Akan sampai masanya aku memiliki seorang kekasih.
Ayah aku hebat !!
Tak patutlah kalau aku tak hebat ...
Saja aku nak sedapkan hati .

Pink purple menjadi warna  tema bilik pengantin Ayah dan Su.
Sekarang pasti Ayah dan Su dalam suasana bahagia.
Entah mengapa mata ku tak mahu terlena.
Berbagai perkara menjadi bahan khayalan ku.

Ah ! apa 2 pun tak lama lagi aku bakal mendapat adik ...
Aku lagi suka kalau dapat adik perempuan.
Biar  comel macam Su ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan