Selasa, 13 Disember 2011

Ayah Tak Ceria

 Nota 3 : Ombak Terpilu
Ayah Tak Ceria

Dua hari Su telah menjadi isteri Ayah.
Aku lihat Ayah tak ceria.
Ayah semacam ada masalah.
Ayah tak banyak bercakap  dan semacam memikirkan sesuatu.
Patutnya dalam suasana pengantin baru Ayah bergembira.
Apa masalah Ayah tak dapat aku agak.
Selalunya Ayah akan berbincang dengan aku kalau dia ada masaalah.
Lebih2 lagi kalau masalah perniagaan.
Kadang2 aku pergi juga membantu Ayah di pejabat.
Selalunya kalau perlu bantuan ku, Ayah akan bagi tahu.
Aku di beri satu bilik di pejabat Ayah.
Bilik ku siap bertulis Penolong Pengurus.
Duit bulanan masuk saja dalam akaun bank ku.
Tak kira aku pergi atau tidak ke pejabat.
Bestnya aku mempunyai ayah seperti Ayah ku.

Mungkin juga Ayah mempunyai masalah peribadi.
Mungkin juga ada kaitan dengan Su.
Berbagai kemungkinan ...
Tak berani pula hatiku nak meneka.

Aku lihat Su biasa saja.
Tapi sesekali ada juga termenung.


Ok je kot ...
Ku harap ayah dapat selsaikan masalahnya.
Kalau dia perlukan pendapatku.
Nanti dia akan berbincang dengan ku.

Si Ika tadi ku lihat bercakap-cakap dengan Su.
Sesekali mereka ada menjeling pada ku.
Entah apalah yang mereka bincangkan.

Pernah aku berseronok-seronok cakap dengan Ika.
Aku bertanya pada Ika.
Kalau lelaki semacam aku ni, mahukah dia menerima jadi suami.
Jawapannya " Mau aja Bang ..."
Ketika itu aku ketawa dan Ika ikut ketawa.
Sering juga aku bergurau dengan Ika.
Kadang2 Ika cuba hendak memeluk aku.
Tapi aku cepat2 melarikan diri .

Mungkinkah Ika bercerita tentang diri ku pada Su.
Apa pun yang di ceritakan tak mengapa.
Aku tidak pernah melakukan sesuatu yang tidak bermoral pada Ika .

Baru sekejap Ayah keluar dengan keretanya.
Aku tak bertanya pun kemana Ayah nak pergi.
Ayah tidak membawa Su bersama.
Aku memandang Su tanpa berkata apa2.
Tapi Su bagai tahu ,aku ingin bertaya.
Tanpa ku minta , Su memberi tahu.
Ayah ku sakit2 badan dan keluar pergi urut badan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan