Khamis, 15 Disember 2011

Ayah Kelihatan Gelisah

Nota 4 :
Ombak Terpilu

Ayah Kelihatan Gelisah

Hari ketiga Su menjadi isteri Ayah.
Ayah Kelihatan gelsah.
Hari ini ayah pergi mengurut lagi.
Ingin ku tahu apa sebenarnya sakit Ayah.
Tapi terasa berat pula mulut ku hendak bertanya.
Aku harap, ayah akan bercerita juga pada ku kalau perlu.

Ayah belum balik dari berurut.
Tika aku duduk berehat di ruang tamu.
Su duduk di kerusi berhadapan dengan ku.
Su semacam menyembunyikan sesuatu masalah dalam jiwanya.
Senyumnya semacam di paksa-paksa.
Tapi tetap kelihatan mesra.
Bertuahnya Ayah mendapat isteri seperti Su ini.
Berwajah manja, mesra dan jelita.
Aku bukan memuji Su kerana dia Ibu tiri ku.
Tapi aku memberi tahu yang sesungguhnya.

Agak lama juga aku bersembang dengan Su.
Biarpun baru ku kenali.
Terasa begitu erat talian kasih kami.

Su ada bertanya pada ku.
Apakah aku sudah punyai pilihan.
Maksud Su apakah aku sudah ada kekasih.
Aku menyatakan yang sebenarnya.
Aku belum punyai kekasih .

Tiba-tiba Ika mencelah ...
" palsu palsu !!! ... dia tidak berkata benar , Ika ini kekasihnya ... he he he he .. "
Kami ikut ketawa...
Ika berkata lagi , " maaf bergurau saja "
Seketika itu Ika hilang bersama ketawanya yang manja-manja ... .

Su sempat menasihatkan aku.
Berkata dengan nada bermadah.
" Kalau ingin mencari cinta,
 Kalau ingin bercinta,
Bercintalah dari kejujuran cinta luahan hati,
Usahlah kerana wajah yang indah,
Kerana kecantikan rupa akan di telan usia,
Usahlah kerana kekayaan,
Kerana harta mungkin hilang di suatu ketika,
Pilihlah yang beriman,
Baik dan berbudi bahasa,
Moga berbahagia selamanya."
Lembut suara kewanitaan  Su,
Buat bait-bait katanya melekat di hati ku.

Ah ! .. begitulah sebenarnya cinta Su pada Ayah.
Itu lah jalinan cintanya dengan Ayah.
Ayah sememangnya seorang yang baik.
Untunglah juga Su ...
Ayah baik dan kacak.

Terbayang-bayang bicara madah Su.
Hati kecil ku terasa sungguh romantis percintaan Ayah dan Su .
Aku juga bertekad untuk memiliki kekasih seperti Su.

Hati ku berjenaka ...
Ika pun baik, cantik lagi dan rajin lagi ....
Tapi tak kan lah Ika kot !!!.

Namun sering orang berkata bahawa jodoh pertemuan itu.
Kita hanya berdoa dan berusaha.
Namun Allah jua Yang Maha Berkuasa.

Aku masuk ke bilik ku.
Terlentang di atas tilam dan berilusi.
Besok aku akan bawa Ika keluar untuk berbelanja .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan