Jumaat, 16 Disember 2011

Mimpi Ngeri Kehidupan

Nota 5 :
Ombak Terpilu

Mimpi Ngeri Kehidupan

Besok kalau Su kelapangan.
Aku mahu mengajak dia bersama Ika pergi berbelanja.
Kalau Su ikut, pasti menambahkan lagi hubungan mesra antara kami.
Aku terus di lamun hayalan ...

Sebenarnya aku mahu tidur.
Tapi mata ku tak mahu lelap.
Memang pun, aku jarang tidur waktu siang begini.
Aku terasa susah hati.
Melihat keadaan Ayah macam bermasalah.

Lamunan ku terhenti.
Bila pintu bilik ku di ketuk.
Su dengan suara cemas memberi tahu, Ayah ku kemalangan.
Baru sekejap dia terima panggilan talipon.
Sekarang Ayah berada di Hospital.

Aku dan Su begitu terharu.
Ku lihat  mata Su berlinangan.
Aku tidak mahu menangis dalam saat begini.
Aku perlu kuat menghadapi keadaan.
Mimpi ngeri kehidupan di hari ketiga perkahwinan Ayah.
Aku perlu tabah dan reda dengan ketentuan Ilahi.

Aku , Su dan Ika terus pergi ke hospital.
Dalam perjalanan, hati ku berdoa.
Agar Kecederaan Ayah tidak merbahayakan.

Bila tiba di hospital, kami sangat terkejut.
Ayah berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Ayah di rawat dalam bilik rawatan rapi.
Suara tangisan Su mula kedengaran.
Hati ku menasihatkan aku.
Di saat seperti ini.
Kesabaran amat perlu untuk meredakan keadaan.

Aku menghubungi keluarga Ayah memberi tahu kemalangan ini.
Begitu juga Su telah menghubungi keluarganya.

Aku di beri tahu oleh pihak polis.
Kereta Ayah bertembung dengan sebuah lori.
Aku fikir, kemalangan itu mungkin semasa Ayah balik dari mengurut.

Su terus menangis ...
Beberapa kali dia memeluk aku.
Begitulah kepiluan melanda kalbunya.
Ika terdiam tidak terucap apa-apa.

Mengikut kata pegawai perubatan yang merawat Ayah.
Ayah mengalami kecederaan yang parah di bahagian kepala.
Pembedahan akan di buat dalam kadar segera.
Kami berdoa moga Ayah dapat sembuh dengan segera.

Kami tidak di benarkan masuk dalam bilik Ayah.
Kami hanya melihat ayah melalui dinding cermin.
Kepala Ayah berbalut.
Muka Ayah kelihatan bengkak dan bercalar.
Mata Ayah tertutup rapat, tapi ada linangan air mata.
Tangan Ayah juga kelihatan calar-calar.
Hidung dan mulut Ayah di sambung dengan bekalan oksijin.
Pada lengan Ayah di masukan  air, mungkin juga ubat.

Seterusnya Ayah di bawa masuk ke bilik pembedahan.
Kami menunggu di luar bilik.
Beberapa orang dari pejabat Ayah juga telah datang.
Su terus berada dekat dengan ku.
Dalam kesedihan Su terus memegang tangan ku.
Su sedang melawan kepiluan yang di rasainya.
Aku begitu susah hati.
Memikirkan tentang Ayah dan melihat keadaan Su.

Ada jururawat yang keluar dari bilik pembedahan.
Kami cuba bertanya keadaan Ayah.
Rengkas dia memberi tahu, Ayah masih dalam peroses pembedahan.
Dia minta kami bertenang dan berdoa.

Dua jam kami berada di luar bilik pembedahan.
Pembedahan masih belum selsai.
Kami semakin gelisah dan semakin terharu.
Kami terus berdoa moga Ayah akan sembuh ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan