Isnin, 12 Disember 2011

Pagi Pertama Su Bersama

Nota 2 : Ombak Terpilu
Pagi Pertama Su Bersama

Hari ini hari Ahad.
Pagi pertama Su menjadi isteri Ayah.
Kira2 jam 8-00 pagi.
Aku keluar dari bilik ku.
Untuk turun ke ruang makan.
Bilik Ayah masih bertutup rapat.
Mungkin Ayah masih lena bersama Su.
Biasalah kata hati ku.
Merekakan pengantin baru ...

Bila aku melangkah ke ruang makan.
Aku agak terkejut.
Melihat Su sudah berada di dapur bersama Ika.
Pembantu rumah ku bernama Ika.
Aku semacam tergaman dan mengucapkan selamat pagi.
Dan selamat pagi juga di balas Oleh Su dan Ika.
Kami tersenyum ....

Aku bertanya " Ayah masih tidur ? "
Su memberi jawapan rengkas " Ayah hatar sedara ke perhentian Bus "
Aku diam dan angguk2 kepala.
Patutnya aku yang buat kerja tu.
Ayah selalu gitu.
Dia tak suka ganggu tidur ku .

Aku duduk di meja makan.
Aku mempelawa Su dan Ika minum bersama .
Tapi rupanya mereka sudah minum.
Macam2 kuih ada ...
Makanlah aku sorang2.

Su pakai baju yang sampai paras lutut.
Aku tak tau apakah nama fesyen baju tu.
Memang ibu baru ku cantik.
Kulit tubuhnya putih bersih .

Ika pula memakai baju T dan seluar pendik.
Ika berumur 20 tahun, berkulit kuning langsat.
Dia dari negara jiran.
Dia ok ..
Rajin dan pandai buat kerja.
Dia masih gadis dan cantik .
Aku pernah bergurau dengan Ayah.
Supaya Ayah berkahwin dengan Ika.
Tapi Ayah ketawa saja ...
Oh ! rupanya ayah ada pilihan lagi cun ...

Entah2 aku pula yang terkahwin dengan Ika
Aku ketawa sendirian di dalam hati .
Kata Ika dia tidak punya pacar.
Aku sering juga bawa Ika keluar berbelanja.
Pernah kawan aku menyangka, Ika tu isteri aku.
Alamak !!!
Tolong mak !!!!!.
Hahaha !!! kalau dah jodoh apalah nak di kata ....


Sambil berdiri untuk naik ke bilik ku semula.
Aku minta Ika bawakan air sejuk kosong ke bilik ku.

Hari ini aku tidak mahu ke mana2.
Aku mau menulis di bilik ku.

Sedang aku asyik menulis
Pintuku di ketuk dan aku terus meyuruh Ika masuk.
Oh ! rupa nya bukan Ika yang membawa air.
Ibu tiri ku, Su yang membawanya.
Adus !!! lain pula yang berlaku ...

Aku macam membantah " Kenapa pula Ika tak bawakan, susahkan Su je "
Tapi kata Su " tak pe lahhh .. Su pun nak masuk bilik ni "
Apa lagi yang dapat ku kata.
Ucapan terima kasih ku pada Su yang sudi membawa air tu pada ku.
Sesungguhnya kasih sayang antara kami makin terjalin.

Aku terus menulis ...
Aku terus berilusi ...
Alangkah bahagianya kalau aku memiliki seorang isteri yang cantik dan baik hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan